ADAKAH BAJU RAYA YANG DI MINTA SI ISTERI SAMA DENGAN BAJU DI PAKAI DATO SITI???
KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku sekitar 8.30 pagi apabila suspek, 20-an tahun, berang kerana mangsa, yang juga berusia 20-an, sering memintanya membelikan baju baru untuk Hari Raya.Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak di luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya.Dia juga menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.'Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baru,' kata Encik Abdul Rashid.Jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.Mangsa kemudian membuat laporan polis.Polis segera ke rumah suspek tetapi dia bertindak melarikan diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan