Isnin, 25 Jun 2012

cara orang menipu ketika mengeluarkan wang di ATM


Mungkin ada yang pernah terkena tipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Disini kita lihat bagaimana mereka beraksi yang berjaya dirakam oleh kamera CCTV di ATM tersebut. 
Jom ..kita lihat bagaimana mereka menipu....

1.  Mulanya



Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.

Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan. 

Tindakan ini tentu sangat beresiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan, seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi keadaan di luar.

Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi.

Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. "Tertelan".

Di gambar ini si penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik. Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nombor PIN kad ATM si mangsa yang "tertelan" ini. Bagaimana caranya ?

Si penolong yag baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter".Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada gambar ini boleh kamu lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa.

Setelah berusaha berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa yang kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.

Setelah situasi aman  penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kad ATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia  telah mendapatkan nombor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .

Dari jam yang tertera di CCTV boleh  dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berhasil membawa keluar duit $4,000 .

dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu...









Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank
dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali...


Ahad, 24 Jun 2012

Bersunat boleh mengurangkan risiko HIV dan Aids...



HARARE - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.
Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.
Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.
Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi

29 Rahsia Negara Dalam Ketenteraan


(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin dibawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH.....(Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg trlibat telah d pecat kerana insiden itu
 

Rabu, 20 Jun 2012

DI SEBALIK MIKROSKOP


ingin kongsikan kepada pembaca semua apakah haiwan yang berada di sebalik mikroskop itu. Mari kita saksikan.













Ahad, 17 Jun 2012

Sebab pengharaman seks semasa haid


Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….

Sabtu, 16 Jun 2012

DERHAKA:Fakta atau Auta????


Krisis Perlembagaan 1990-1993
Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.
Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra)kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.”)
Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.
Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.
Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.
Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.
Pertama:
Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.
Kedua:
Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.
Ketiga:
Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.
Keempat:
Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.
Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.
Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”
Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”
Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.
Perenggan 25, “…dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak yang berlindung dibelakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemundkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi dimasa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Perenggan 51. “… jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatanyang tidak diingini.
Perengaan 52. “,,,Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku dinegara-negara lain yang sekarang menjadi republik.
Keputusan Majlis raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadanagn pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Beberapa orang menteri membuat kenyataan dengan tidak bersopan dan tidak beradab ketika mendedahkan salahlaku Raja-Raja dan anggota Kerabat Diraja tertentu. Umno mengulangi taktik mengaibkan Raja-Raja seperti yang dilakukan semasa krisis perlembagaan tahun 1983.
Siri perhimpunan haram diadakan diseluruh negara untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap kemahuan Umno. Rapat umum raksaksa diadakan di Alor setar, Bagan datoh, Seremban dan Melaka tercatat dalam sejarah sebagai medan hebat mencaci Raja-Raja Melayu.
Umno Kelantan mengambil langkah menekan Raja-Raja dengan cara yang sama iaitu mencipta penghinaan terhadap Raja. Pada 29 April 1993, Annuar Musa mengetuai perarakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan membawa Tengku Ibrahim Petra (sepupu kepada sultan Kelantan) dan mengadakan pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah diadakan dibawah sebatang pokok gajus dipadang sekolah di Kadok. Ketereh dengan matlamat menunjukkan kuasa Umno kepada rakyat dan Sultan.
Ketika  Program SEMARAK di Lubok Jong, Pasir Mas, Tan sri Mohamad Yaacob memimpin perarakan ke istana dan menyerahkan memorandum mendesak sultan Kelantan turun dari takhtanya.
Berita Harian 11 Jun 1993 melaporkan kenyataan Shahidan Kassim menghina sultan Kelantan.Katanya, “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan saya ada bukti Ismail Petra tak layak.”
Sultan Pahang turut dimalukan oleh media kawalan Umno yang menggambarkan baginda sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Gambar kapalterbang itu disiarkan dalam hampir semua media kawalan Umno.
Sultan Johor dimalukan dengan pelbagai tuduhan dan skandal melibatkan baginda dan beberapa kerabat diraja. Antaranya, kisah Tengku Majid memukul penjaga gol pasukan hoki Perak seleas satu perlawanan di SUKMA 92. Tengku Majid ketika itu mewakili pasukan hokiJohor. Berita itu dipaparkan dengan penuh sensasi atas kehendak Umno.
Sultan Terengganu, Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah telah diugut oleh Umno untuk diturunkan dari takhta dengan menggunaka Tengku Ali. Dengan sokongan Umno, Tengku Ali mengemukakan tuntutan dimahkamah agar dikembalikan takhta Sultan kepadana dengan dakwaan pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Kes tu akhirnya ditolak oleh mahkamah.
Pada 23 Mac 208, Umno mengadakan demonstrasi dipekarangan Sri Iman, kediaman rasmi Menteri besar Terengganu, menentang keputusan istana tidak memperkenankan perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Mereka menyanggah Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar terengganu. Antara slogan pada kain rentang yang disediakan oleh Umno ialah “Kami nak Idris, Natang! (binatang)” yang disiarkan secara meluas oleh TV.
Kes yang sama turut berlaku di Perlis apabila Raja Perlis tidak mahu memperkenankan perlantikan Shahidan Kassim sebagai Menteri besar seperti yang dinamakan oleh Presiden Umno. Raja berkenan melantik Dr. Mat Isa Sabu. Pertembunagn diantara Umno dan Istana berlaku selama dua minggu dengan pelbagai kenyataan derhaka oleh pemimpin-pemimpin Umno terhadap istana Perlis.

AWAS!!! TISU POWER BOLEH AKIBATKAN MATI PUCUK




Tisu yang mengandungi bahan kimia yang dikatakan boleh menjejaskan keupayaan lelaki.

IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan.

Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan.

“Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk. Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput.

“Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk jika disapu berterusan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu,” katanya.

sumber