Ahad, 24 Julai 2011

Isteri dibelasah teruk minta dibelikan baju Raya

      
                   ADAKAH BAJU RAYA YANG DI MINTA SI ISTERI SAMA DENGAN BAJU DI PAKAI DATO SITI??? 
                                                   
KAJANG: Hanya kerana inginkan sepasang baju baru untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, seorang isteri bukan saja cedera ditumbuk, ditendang dan dipijak malah turut diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian berlaku sekitar 8.30 pagi apabila suspek, 20-an tahun, berang kerana mangsa, yang juga berusia 20-an, sering memintanya membelikan baju baru untuk Hari Raya.Akibat tidak tahan didesak mangsa, suspek bertindak di luar jangkaan apabila menumbuk muka isterinya.Dia juga menendang dan memijak perut isterinya sehingga menyebabkan mangsa cedera di mata dan lebam di beberapa bahagian badan.'Suspek juga turut mengugut untuk membunuh mangsa jika terus memintanya membelikan baju baru,' kata Encik Abdul Rashid.Jeritan mangsa berjaya menarik perhatian jiran berdekatan menyebabkan mereka bertindak melihat apa yang berlaku sebelum menyelamatkan mangsa.Mangsa kemudian membuat laporan polis.Polis segera ke rumah suspek tetapi dia bertindak melarikan diri.


acu kelih:lagu ni pun ado..parok..parokk

Raja kelantan kutip sampah



SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam. 
TUMPAT- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya mementingkan kebersihandan alam sekitar.Baginda yang mengenakan baju T,seluar track serta bertopi kelihatan selesa bersama lebih 1000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama hampir 2jam di Pantai Sri Tujoh di sini.

Majlis yang bermula pada jam 10.30pagi di dadakan disitu kerana Pantai Sri Tujoh adalah antara destinasi tumpuan orang ramai dan pelancong."Beta dapati masjid tidak dibersihkan,tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman," titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir.

Program itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan dengan matlamat merapatkan hubungan mesra antara institusi diraja dengan rakyat jelata.

acu kelih:inilah rajo kawe...DAULAT TUANKU

ibu mithali ke ni





Jangan hairanlah..kalau orang melayu sekarang berpakaian seperti
di atas,malah lebih teruk dari itu pun ada..Jadi kalau macam ni rupa pakaian
ibu kat atas nii..alamat pesakit yang datang kat klinik tu akan bertambah
sakittt..



acu kelih:cuci mata

Langgan isteri sendiri

Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana si pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri.

Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.

“Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi,” ujarnya kepada suratkhabar setempat.

Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja disalah satu kedai di pusat kota. “Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai,” tuturnya.

Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?