Jumaat, 30 September 2011

10 TEMPAT PEMANDANGAN TERINDAH DARI ANGKASA

1. London, England


2. Cargill Salt Ponds in San Francisco Bay

3. The Alps

4. Lagos, Nigeria

5. New York, New York

6. Cairo, Egypt

7. Fuel depot explosion in 2006. London, England.

8. Selangor River, Malaysia

9. Grand Canyon, Arizona

10. Bali, Indonesia

ak:cantik sungguh

10 PENIPUAN BESAR YAHUDI

Michel Collon
 Michel Collon, seorang wartawan dan pengarang berketurunan Belgium dalam bukunya "Israel, let's talk about it," telah menempelak media Eropah, yang sejak berdekad yang lalu telah menipu pandangan umum kerana menyokong Israel.

Collon dalam bukunya telah merumuskan "10 Penipuan Besar " yang tersebar dalam media Barat semata-mata untuk menjustifikasikan kewujudan dan tindakan Israel selama ini. 10 penipuan tersebut adalah;

1. Penipuan pertama, Israel bertapak ekoran dari reaksi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi semasa Peperangan Dunia Kedua. Hakikatnya, tanggapan ini adalah palsu. Israel sebenarnya adalah satu projek mendominasi dunia yang telah diluluskan dalam Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dalam kongres tersebut, pejuang-pejuang kebangsaan Yahudi telah bertegas dan mengambil keputusan untuk menduduki tanah Palestin.


2. Justifikasi kedua untuk pendudukan dan pengesahan Israel adalah, bahawa bangsa Yahudi terpanggil untuk kembali ke tanah nenek moyang mereka di mana satu ketika dahulu mereka telah diusir pada tahun 70 M. Ini adalah cerita dongeng. Saya (Michel Collon) telah bersembang dengan seorang sejarawan Israel, Profesor Shlomo Sand dan beberapa sejarawan yang lain, Mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku "penghijrahan keluar beramai-ramai" bangsa Yahudi. Jadi apa maknanya "kembali". Tiada makna. Manusia yang mendiami Palestin tidak pernah meninggalkan tanah purba itu. Keturunan Yahudi yang mendiami Palestin sebenarnya adalah mereka yang tinggal bersama penduduk asal di situ. Puak-puak yang menuntut, kononnya untuk kembali ke tanah leluhur mereka, sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur serta Afrika Utara. Sand juga menyatakan bahawa bahgsa Yahudi sebenarnya tiada negara. Mereka juga tiada sejarah umum, bahasa dan kebudayaan. Satu-satunya benda umum yang mereka miliki adalah agama mereka dan agama tidak membentuk negara. 
Profesor Shlomo Sand
Shlomo Sand
3. Ketiga, apabila orang Yahudi menduduki Palestin, ia adalah sebuah tanah yang kosong dan tidak diduduki. Ini satu penipuan di siang hari. Terdapat dokumen-dokumen dan bukti yang menjelaskan bahawa pada kurun ke 19 hasil pertanian rakyat Palestin telah dieksport ke beberapa buah negara termasuk Perancis.

4. Ada manusia menyatakan bahawa orang-orang Palestin meninggalkan tanah air mereka atas kehendak sendiri. Ini satu lagi pembohongan. Ramai yang percaya dan yakin, termasuk saya sendiri dan juga sejarawan Israel seperti Benny Morris serta Ilan Pappe berkata bahawa bangsa Arab Palestin telah pergi dan diusir dari tanah mereka secara paksa dan ugutan.

5. Pembohongan menyatakan bahawa Israel hari ini adalah satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan ia patut dilindungi. Ia adalah negara berdaulat. Tapi lubuk hati saya menyatakan ia bukan negara berdaulat. Ia adalah satu-satunya regim dan tiada undang-undang yang menjelaskan dan menggariskan sempadan dan wilayahnya. Semua negara di dunia memiliki perlembagaan yang mendefinasikan wilayah dan sempadannya. Israel adalah projek perluasan kuasa yang tiada sempadan negara. Undang-undangnya sama sekali bersifat perkauman. Mengikut undang-undang ini, Israel adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi dan rakyatnya yang tidak berketurunan Yahudi adalah manusia yang tidak perlu dihormati.

6. Pembohongan mengatakan bahawa Amerika Syarikat berusaha untuk melindungi demokrasi di Timur Tengah dengan cara melindungi Israel, dan kita tahu bahawa belanjawan tahunan Amerika memperuntukkan sejumlah 3 billion dolar sebagai talian hayat Israel. Wang ini digunakan Israel untuk mengebom negara-negara jirannya. Dan Amerika bukan sekadar untuk "memantapkan demokrasi" dengan cara begitu tetapi juga untuk memastikan pengaliran minyaknya tidak terganggu.

7. Mereka berpura-pura kononnya Amerika berusaha mencari perdamaian antara Israel dan Palestin. Ini juga satu penipuan yang nyata. Setiausaha Agung Majlis Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah memberitahu Israel "Anda adalah negara ke-21 Kesatuan Eropah". Industri Persenjataan Eropah, sejak dahulu bekerjasama dengan angkatan tentera Israel dan membantu kewangannya. Apabila rakyat Palestin memilih kerajaan mereka, Eropah tidak mengiktiraf dan memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Gaza

Javier Solana
8. Apabila anda bercakap tentang fakta-fakta ini serta sejarah Israel dan Palestin, dan apabila anda mendedahkan laba yang dikecapi Amerika dalam situasi ini, anda akan dilabel sebagai anti semitik, supaya anda diam. Tetapi kita patut menyatakan bahawa apabila kita mengkritik Israel, ia bukanlah perkauman atau anti Semitik. Kita mengkritik kerajaan yang tidak mempercayai kesamaan Yahudi, Kristian dan Islam yang boleh membawa kepada kehancuran perdamaian di antara pengikut ketiga-tiga agama ini.

9. Media massa menyatakan bahawa orang-orang Palestin mencetuskan keganasan. Kita menyatakan bahawa kerja masa lapang tentera Israel adalah menimbulkan keganasan dan ketakutan. Polisi merampas tanah dan rumah yang dicuri dari rakyat Palestin adalah keganasan.

10. Isu yang sering ditimbulkan adalah, tiada jalan untuk memecah kebuntuan dan polemik Israel-Palestin ini. Tiada berkesudahan dan tiada penyelesaian untuk menghilangkan perasaan benci, dendam yang diakibatkan oleh Israel dan konco-konconya. Tetapi hakikatnya memang ada jalan penyelesaiannya. Satu-satunya cara untuk menghentikan proses ini adalah dengan memberikan tekanan tekanan umum terhadap rakan subahat Israel di Amerika dan Eropah dan negara-negara lain. Tekanan terhadap media massa yang menyembunyikan kebenaran dan tidak bercakap benar tentang Israel. Menggunakan Internet atau apa sahaja media untuk menerbitkan berita-berita sebenar tentang Palestin.

SUMBER: MAAHADSAS.EDU.MY


4,000 coli digantung di atas jambatan



ORANG ramai berjalan di atas jambatan Hot Metal Bridge di bandar raya Pittsburgh yang digantung dengan 4,000 helai coli kelmarin.


PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.
Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.
Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.
"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA MENYOROK DI SWEDEN RUPANYA!

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.
Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam.
“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.
Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam
perlindungan perjalanan antarabangsa’.
Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes
itu.
Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.
Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA

Selasa, 27 September 2011

"Charger handphone" terbenam di kepala bayi




SEORANG bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon mudah alih tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas peranti itu.

Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan peranti tersebut dari kepalanya.

Peranti itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit.

Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir peranti yang terbenam.

Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah peranti pengecas bateri telefon mudah alih berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya"

"Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini."

Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidup sambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat."


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/09/charger-handphone-terbenam-di-kepala.html#ixzz1ZACSpp9t

PENGEDAR DADAH PERANG SAMA SENDIRI..ANAK KECIL & WANITA JADI MANGSA !!




Laporan asal Reuters

35 MAYAT D CAMPAK D HIWAY !! MAXICO


MEXICAN DRUGS GANG DUMPS 35 BODIES ON ROAD

Pembunuhan yang berkaitan dengan aktiviti kartel dadah di Mexico sudah boleh dikatakan suatu perkara biasa di sana. Terbaru, samseng dari kartel yang masih belum dikenalpasti telah membuang 35 mayat yang mana 12 daripadanya adalah wanita di laluan bawah berhampiran sebuah pusat membeli-belah.
Mereka dibuang umpama sampah di atas jalan dari dua buah trak dimana sebahagian daripada mangsa telah didera sebelum dibunuh dan sebahagian lagi dengan tangan terikat. Para pemandu yang sempat menyaksikan kejadian itu telah diberi amaran oleh beberapa lelaki yang membuang mayat-mayat tersebut.

MEXICAN DRUGS GANG DUMPS 35 BODIES ON ROAD

MEXICAN DRUGS GANG DUMPS 35 BODIES ON ROAD

MEXICAN DRUGS GANG DUMPS 35 BODIES ON ROAD

Kejadian tersebut merupakan pesta liar pembunuhan terbaru yang dicetuskan oleh kartel yang berjuang untuk perdagangan kokain ke negara-negara lain termasuk Britain. Berdasarkan rekod, lebih daripada 40,000 orang telah dibunuh di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon mengisytiharkan perang ke atas semua ketua kartel dadah bermula pada 2006.

Ahad, 25 September 2011

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya


EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)

6. berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.



sumber:yang menarik.info

Mengungkap Siapa Anda di sebalik senyuman

Sebuah senyuman boleh dikatakan sebagai ekspresi wajah seseorang. Mengapa? Senyuman memiliki makna yang sangat mendalam dalam hidup seseorang. 

Marianne LaFrance, profesor bidang psikologi dari Universiti Yale, yang juga penulis buku Lip Service, melakukan kajian melalui biologi, antropologi, dan ilmu komputer mengenai senyuman. Dalam kajian terbarunya itu, LaFrance mengeluarkan fakta mengenai senyuman yang perlu korang tahu.

Orang yang suka senyum lebar umurnya lebih panjang


Tahun lalu, kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan diBaseball Register. Dari gambar-gambar tersebut, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 - 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.

Sebuah senyuman menunjukkan perasaan yang positif, dan perasaan yang positif berhubungan dengan kehidupan yang sejahtera.

Senyum memancarkan suatu kekuatan yang tersembunyi

Sebagai contoh, ketika seseorang hanya senyum sebentar ( sekitar 1 - 30 saat ), orang lain akan susah menangkap senyuman tersebut. Namun bagi orang yang selalu tersenyum, dunia selalu dipandang lebih menyenangkan. Cerita yang membosankan boleh jadi lebih menarik, gambar-gambar yang neutral kelihatan lebih positif, bahkan minuman yang tawar boleh terasa manis.

Kebahagiaan terdiri atas tiga tingkatan

Sebuah artikel di British Medical Journal melaporkan bahawa cinta sejati akan datang ketika seseorang sedang bahagia, perasaannya yang positif boleh dihantar kepada orang-orang yang ada di lingkarannya melalui jejaring sosial.

Jadi ketika korang senyum, kawan dari kawan korang pun boleh ikut tersenyum.

Ada dua jenis senyuman

Senyum yang tulus dan senyum yang palsu diatur oleh dua jalur saraf yang berbeza. Oleh itu, orang dari bahagian tertentu di otaknya mengalami kerosakan pun masih dapat menampakkan senyuman spontan meskipun mereka tidak mampu tersenyum dengan kemampuannya.

Para pengkaji berpendapat bahawa nenek moyang kita mengembangkan litar saraf untuk memaksa senyuman secara evolusi. Ianya bertujuan untuk menutup rasa takut dan kemarahan mereka.

Untuk mengetahui senyuman palsu seseorang, renung matanya. Orang yang senyum iklas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.

Kebanyakan dari kita tidak mampu menggerakkan otot-otot ini dengan bebas. Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.

Orang Amerika ketika mereka tersenyum berfokus pada gerakan mulutnya berbeza dengan orang Jepun yang mengutamakan senyumannya di bahagian mata.

Jumaat, 23 September 2011

BABI HALAL




bodoh betol namanya ni....
beef  HALAL???
tokey kedai HJ NAGUIB
kepala lembu ke kepala babi..?????


Rabu, 21 September 2011

Lelaki 90 tahun ada 50 anak


LUIZ COSTA DE OLIVERIA


SAO PAULO - Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama.
Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.
Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak.
Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.
"Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita," katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.
Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan.
Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.
Lelaki itu tidak pernah merokok atau minum minuman keras selama 40 tahun mengaku, dia tidak mengetahui semua nama anaknya.
Isteri keduanya berkata, suaminya tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya. - Agensi

Belasah ibu tak tahan dileter

Sanggupkah anda pukul ibu sendiri???
kalau anda sanggup!!!...
anda derhaka dan memang anda celaka..
di zaman moden sekarang..semakin ramai anak derhaka kepada kedua orang tuanya..






AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.

“Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.


“Berang mendengar ‘leteran’ si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.


Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.



Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.

Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.


Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.


a.k:anak anak zaman sekarang...x boleh ditegur???teringat kisah ibu mithali yang seksi.duniaaaa...duniaaaa..

Selasa, 20 September 2011

Trend bergambar dalam tandas

LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.
Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. 
a.k:macam macam hal..perbuatan jijik.. tak kan benda mcm ni kita nak ikut gak..fikir fikirkan lah

Ahad, 18 September 2011

LIHAT KEPERIBADIAN SESEORANG MELALUI KENTUTNYA

sama sama kita tengok di mana tempat anda dalam menyingkap keperibadian diri anda melalui kentut


Orang  jujur
Orang yang mengaku dirinya kentut tanpa di paksa menyaku

Orang tak jujur
Orang yang kentut malah salahkan orang lain

Orang bodoh
Orang yang menahan kentut berjam-jam lamanya

Orang berwawasan
Orang yang tahu  waktunya harus kentut

Orang  misteri
Orang yang kentut tapi orang lain tidak ada yang tahu

Orang  percaya diri sendiri/berkeyakinan
Orang yang yakin kalau kentutnya bau

Orang  sadis
kentut sambil dibekap dengan tangan
kemudian dibekapkan ke hidung orang lain

Orang  Pemalu
Orang yang tersipu sipu malu sendirian walaupun orang tidak tahu yang dirinya kentut

Orang  Stratejik
Orang yang kentut sambil ketawa sekuatnya
untuk menutup suara kentutunya

Orang berhemah
sudah kentut dia tarik nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar

Orang  pintar
Orang yang biasa mengetahui kentut orang lain

Orang  sakti
kentut menggunakan tenaga dalam

Orang pelik
kentut dikeluarkan sedikit-sedikit sampai bunyinya tit…tit…tit…

Orang sombong
Orang yang suka cium kentutnya sendiri

Orang  ramah
Orang yang suka cium kentut orang lain

Orang keras kepala
Orang yang langsung membalas setelah di kentut orang di sebelah.

Orang x tau malu
Orang yang sehabis kentut lalu memasang muka selamba

Kentut berdasarkan frekuensi :
Kentut minimal 3 kali sehari = Orang sehat
Kentut minimal 5 kali sehari = Normal
Kentut minimal 8 kali sehari = Salah makan
Kentut minimal 15 kali sehari = Abnormal
Kentut berfrekuensi 15.000 HZ = Bomber
Kentut bertubi-tubi = Machine gunner
Kentut tak bersuara = Stealth killer, misterius
Kentut disini yang kena disana = Sniper
Pengen kentut dipaksa-paksa tapi yang keluar ampasnya = *****
Orang tak de kerja = YANG BACA
Orang gila = Kerjanya meneliti kentut 


a.k:di manakah anda???